Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Selamat Hari Raya semuanya. Seperti tahun-tahun lalu, blog khas untuk hari raya saya bina agar tidak menganggu ateh dot com. Sila klik untuk kembali ke ateh dot com.

Khamis, 16 September 2010

RAYA KE-7

EN RASHID & KELUARGA DATANG
Kami dikejutkan dengan kehadiran Tn Hj Abd Rashid, isteri dan anak-anaknya.  Sebenarnya semalam semasa ke JB kami memang bercadang hendak berhari raya ke rumahnya.  Tetapi disebabkan panggilan telefon tidak berjawab, maka hasrat itu kami batalkan.  Nak terus datang, takut tiada di rumah pula.

Hari ini, bagaikan beliau tahu bahawa kami hendak datang semalam, maka mereka datang ke rumah kami pula. Terima kasih kepada mereka yang menjadikan rumah saya sebagai tempat ziarah pada setiap kalinya tiba hari raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan