Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Selamat Hari Raya semuanya. Seperti tahun-tahun lalu, blog khas untuk hari raya saya bina agar tidak menganggu ateh dot com. Sila klik untuk kembali ke ateh dot com.

Sabtu, 11 September 2010

AZAM BALIK

Malam tadi Bajam (panggilan anak-anak saya kepada anak yang sulung), isteri dan dua orang anaknya balik - Iman dan Afif. Iman seperti biasalah, mesti menangis dahulu bila didekati. Lepas itu mulalah dia mesra sedikit demi sedikit. Entah sampai bila perangainya seperti itu tak tahulah. Afif pula masih belum tahu apa-apa.

Inilah kali pertama rumah kami diisi dengan semua ahli keluarga sekali gus....seramai 14 orang. Boleh buat 2 team pasukan bola 7 sebelah.

Hari ini kami akan memulakan sesi berhari raya secara ramai. Tempat yang mula-mula hendak diterjah ialah Muar. Ada empat rumah yang wajib dijadikan sasaran. Rumah Tok Ngah, Tok Andak, Tok Sukor dan rumah Khir. Saya nak cadangkan kami buat kumpulan marhaban. Sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada kunjungan itu nanti.

Sebelum itu kami pastinya akan bergambar ramai lagi sebab semalam Bajam dan keluarganya tidak bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan